Hotel ZEN Rooms Sakura Boutique Hotel Hotel 2-bintang
Reviu tetamu (931)
Salah satu yang paling laris di Kuala Lumpur! Sakura Boutique Hotel menyambut tetamu dengan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam. Ia menawarkan tempat penginapan yang moden serta selesa dengan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini berlokasi strategik dalam masa 5 minit pemanduan dari Pasar Pudu dan Berjaya Times Square. Bilik-bilik yang berhawa dingin dihias menarik, serta dilengkapi dengan lantai berkarpet/parket, almari pakaian, rak pakaian, dan TV skrin rata dengan saluran percuma. Bilik mandi en suite menawarkan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Ia mempunyai lounge umum dan menyediakan perkhidmatan pengemasan harian atas permintaan. Dispenser air percuma serta kopi/teh tanpa had disediakan di kafe atas bumbung. Hotel ini terletak hanya 2 minit berjalan kaki ke kuil Buddha Thai, kedai runcit dan kedai dobi. Low Yat IT Mall yang terkenal, Pusat Beli-belah Pavilion, dan Menara Berkembar Petronas yang ikonik terletak dalam masa 10 minit memandu, 3 km dari hotel ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh dikunjungi dengan pemanduan sejauh 39 km. Kami bertutur bahasa anda! ZEN Rooms Sakura Boutique Hotel telah menerima tetamu Booking.com sejak 27 Mei 2014.
EmoticonEmoticon